Thursday, February 22, 2007

Melayu harus mampu!

Laporan BH hari ini mengatakan bahawa "Melayu semakin sanggup belanja demi pendidikan anak-anak."

Mungkin lebih tepat adalah orang Melayu berkemampuan semakin sanggup belanja demi pendidikan anak-anak. Antara perkara yang dibelanjakan ibu bapa adalah dengan menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas pengayaan (enrichment) sejak anak itu berusia 3 tahun, dan membeli buku-buku tambahan seperti buku-buku latihan prasekolah, atau buku-buku latihan mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Ini adalah suatu perkara yang sangat menggalakkan sekiranya secara purata bilangan ibu bapa Melayu yang prihatin tentang pembelajaran anak-anak mereka sudah meningkat.

But let's not rest on our laurels. Sebab ini adalah perkara yang sepatutnya bukan baru malah sudah lumrah ibu bapa bangsa lain. Lagipun, saya masih ingat, semasa saya di sekolah rendah pada tahun 1979, bapa saya sudah membelikan banyak buku-buku latihan. Cuma yang saya tahu saya tidak mempunyai sebarang pengayaan sebelum prasekolah. Itu dulu-dulukan.

Orang Melayu harus berfikir sejenak.

Rata-rata prasekolah yang dikelolakan oleh orang Melayu/Islam atau masjid-masjid di sini semuanya dengan harga yang amat berpatutan. Tetapi ada juga orang Melayu yang kadang kala merungut kerana mereka merasakan bayaran prasekolah PAP agak mahal dan sesetengah prasekolah privet Melayu/ Islam lagi mahal. But there's a price to pay for quality too.

Seorang bapa yang telah saya jumpa di sekolah rendah anak saya mengatakan yang dia amat gembira dan berpuas hati menghantar anaknya ke sebuah prasekolah privet bukan Melayu/Islam yang menelan belanja yang agak mahal. Ini adalah kerana, dia mendapati tahap konfiden and penguasaan bahasa Inggeris anaknya begitu ketara dan baik sekali. Malahan dia agak kagum bahawa antara darmawisata yang dijalankan oleh prasekolah tersebut adalah ke sebuah makmal sains Jerman. Dia menambah lagi bahawa 'graduation ceremony' anaknya diadakan di NUS Cultural Centre. Di sana apabila beliau melihat anaknya beraksi di atas pentas, bulu romanya ternaik dengan kepintasan dan keupayaan anak tersebut yang begitu menakjubkan. Let's just say, he gets what he paid for. He definitely can afford the fees of such a preschool and the benefits were insurmountable to whatever amount he has invested on.

Adakah sikap kiasu itu salah?

Ataupun ianya lebih baik sekiranya kita melihatnya daripada perspektif yang berbeza. Mungkin kita harus memanggilnya fitrah. Kita harus percaya bahawa setiap bayi yang masih lagi di dalam kandungan ibunya mempunyai fitrah, fitrah yang boleh digilapkan lagi oleh ibu bapanya. Jika kita percaya dengan fitrah bayi, kita harus membaca buku atau Al-Quran, menyanyi atau berkomunikasi dengan bayi kita yang masih di dalam kandungan kerana sains menunjukkan bahawa janin yang berusia empat bulan boleh mendengar suara ibunya.

So let's start even early, not just when the child is 3 years old. Sebab ada banyak cara dan pendekatan yang boleh diambil dalam pengayaan seseorang anak itu bukan setakat menghantar anak tersebut ke playgroup sahaja.

Buku latihan memang penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat latihan menulis dan kefahaman dalam sesuatu subjek dengan secukupnya. Tetapi buku-buku latihan hanyalah salah satu cara memastikan anak itu faham dalam sesuatu konsep. Malahan anak-anak kecil lebih memerlukan permainan yang bersifat pendidikan daripada buku-buku latihan. Terutama sekali dalam Matematik. Anak-anak kecil harus diberi peluang memahami sesuatu konsep melalui permainan kerana 'positive appreciation' untuk matematik lebih penting daripada penghafalan formula-formula yang si anak belum tentu faham konsepnya. Permainan boardgames umpamanya dapat menyemai nilai-nilai positif dalam matematik dan mengurangkan kebimbangan yang kerap berlaku kepada anak-anak yang takut dan berasa cemas terhadap monster yang dipanggil Matematik.

Jadi, saya mengesyorkan ibu bapa berbelanja untuk permainan yang berunsur pendidikan bagi menguatkan sesuatu konsep pembelajaran anak-anak. Banyak permainan yang berunsurkan pendidikan ini dapat memupuk nilai-nilai yang positif, minda yang cergas dan cerdas dan boleh membuatkan si anak itu berfikir dan berstrategi lebih mendalam lagi untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam akademik ataupun dalam kehidupan seharian mereka.


Permainan IQ Traffic atau Rush Hour menggalakkan anak-anak berfikir dan berstrategi bagi mencari jalan keluar untuk kereta mereka yang terperangkap di dalam satu trafik jam. Permainan ini mempunyai tahap permulaan sehinggalah ke tahap lanjutan.



Line-Up Four mengajak anak anda berfikir bagaimana menyekat penentangnya daripada mendapatkan empat warna sama dalam satu barisan, baik yang vertical, horizontal atau diagonal. Selain menyekat penentangnya, si anak juga harus mencari strategi untuk mendapatkan empat warna sama dalam barisan beliau.



Permainan yang agak asas adalah untuk si anak kecil mengenal pasti warna dan bentuk. Permainan ini adalah tahap kedua di mana si anak kecil harus mengenalpasti warna dan bentuk dalam satu rekaan tersebut. Ini dapat menyemai sifat tajam daya pemerhatian dan arif menilai sesuatu perkara dengan terperinci lagi yang amat diperlukan apabila mempelajari ilmu sains dan problem-solving dalam matematik.



Lagi satu permainan yang boleh menajamkan daya pemerhatian dan sikap terperinci seseorang anak itu. Ia juga menggalakkan anak-anak lebih fokus. Permainan ini mempunyai dua gambar yang agak sama tetapi mempunyai lima perkara yang berbeza. Ibu bapa boleh menggunakan apa jua bahasa yang disenangi anak-anak mereka tak kira bahasa Inggeris, Melayu atau yang lain-lain. Ini adalah kerana permainan ini boleh juga memupuk kefasihan bertutur dalam anak itu dan pembelajaran kosa kata (vocabulary) yang baru.

2 comments:

justme said...

fren, where do u get the games?

Mrs Mum said...

Hi Tina,
Some of these are bought all over the place - places like Toys R Us, Growing Fun, that toy shop at Arab Street (cant remember the name but they are one of the biggest importer of children's equipment and stuff), and sometimes you may find something educational at Mustafa Centre too. The thing is you have to read the instructions and see what skills are required to play the game...as these are the skills that you may want to 'uncover' from yr kids.